TABIKA KEMAS BOTA KANAN
Tabika Kemas Bota Kanan dibuka pada 1.1.1979 bertempat di Dewan Orang Ramai Bota Kanan dengan kanak-kanak seramai 82 orang. Gurunya Puan Mariah Bt. Samsuri, pembantunya Cik Jamilah assim serta Pengerusi Penghulu Alias B. Kassim dan Ahli Jawatankuasa seramai 16 orang.
Kelas ini dijalankan dalam satu sesi iaitu sesi pagi. Pada tahun 1984, Tabika Kemas telah berpindah ke bangunan sendiri di Mini Stadium. Gurunya adalah Puan Khatimah Bt. Sulaiman dengan jumlah kanak-kanak seramai 75-80 orang.
Pada tahun 1990, gurunya telah bertukar dan diambil alih oleh Puan Umi Kalthum Bt. Mohd Taib dengan jumlah kanak-kanak seramai 75 orang.
Pada tahun 1992 pula, gurunya telah bertukar lagi kepada Puan Sarimah Bt. Mohd Daud selama 3 tahun dan diikuti oleh Puan Salbiah Bt. Mohd Salleh selama 1 tahun. Pada tahun 1995, Puan Sabariah mengambil alih tugas dan diikuti oleh Puan Saliza Bt. Yeop Shaedon hingga tahun 1999.
Puan Salbiah Bt. Mohd Salleh telah mengambil alih pada tahun 2001 hingga tahun 2008 dan digantikan oleh Puan Sameyah Bt. Mohamed Mokhtar. Kanak-kanak semakin berkurangan mendaftar kerana wujudnya Pra Sekolah.
MISI
1. Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaan dan
pengurusan sumber secara optima.
2. Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni
di kalangan anggota KEMAS dan masyarakat desa ke arah
pembangunan yang seimbang.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan
teknologi terkini supaya masyarakat desa menguruskan sumber
ke tahap yang optima.
4. Berperanan secara berkesan melengkapkan usaha membina
negara menerusi proses memperkasa sumber daya manusia
melalui latihan dan pendidikan non-formal kepada masyarakat
luar bandar.
VISI
1. Menjadi institusi unggul Malaysia dan rujukan antarabangsa
dalam bidang latihan, pendidikan non-formal dan
penyelidikan luar bandar.
PIAGAM KEMAS
1. Menyedarkan masyarakat luar bandar supaya berpengetahuan
dan berkemahiran dalam bidang sosial, ekonomi dan politik
serta bersikap positif untuk menerima perubahan.
2. Memberi khidmat kerjasama dan layanan yang mesra mengikut
kehendak dan keperluan pelanggan berasaskan kepada keupayaan
yang sedia ada.
PIAGAM TABIKA
1. Memberi peluang pembelajaran yang optima, berkesan dan
menyeronokkan kanak-kanak.
2. Menyediakan kemudahan tempat, peralatan dan persekitaran
yang sihat, bersih, selamat, ceria dan selesa.
3. Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran
pembelajaran yang terancang dan berterusan bagi
menggalakkan perkembangan sosial, emosi, fizikal, intelek
rohani (SEFIR).
4. Memastikan setiap individu kanak-kanak boleh membaca,
menulis dan mengira, seimbang dengan pengukuhan amalan
nilai-nilai murni.
5. Menyediakan makanan tambahan yang seimbang bagi
meningkatkan tahap kesihatan, pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
6. Memupuk minat, kreativiti dan meningkatkan kecemerlangan
potensi individu kanak-kanak melalui aktiviti ko-kurikulum.
7. Memberi peluang ibu bapa meningkatkan ilmu dan kemahiran
'keibubapaan' sebagai pendidikan pertama dan utama di
rumah.
Tentang Kami
Subscribe to:
Posts (Atom)






0 comments:
Post a Comment